Hoho. Rasanya ini kali pertama mimi bagi tips dalam kategori penjagaan kecantikan muka eheh. Tips mimi ni simple je, sape-sape pun takde masalah nak amalkannya. Tak perlu keluarkan duit, lagi simpan duit ada la hehe. Bunyi macam hype tapi inilah cara yang mimi amalkan sejak mimi merobek2 tenet dan mnjadi pendengar setia kwan2 mimi dulu. Berapa lama baru nampak kesan tu dan mimi tak berapa sure. Lain orang lain tempoh masanya kot. .oke jom terjahhhh...
Tips Hilangkan Jerawat
Tak banyak tips yang mimi amalkan hanya ada dua jenis sahaja. Dengan tips ni korang dapat berjimat lagi, bukan kena keluarkan duit beli ubat ke apa. Nak amalkannya pun tak susah, cuma perlukan sedikit ketabahan. Pot pet pot pet…bila nak bagi tips ni? Haha. Ok ok. Malas cakap banyak, tips-tipsnya adalah seperti berikut:
Kurangkan Makan Makanan Berminyak
Ini rasanya semua orang tau. Makanan berminyak sinonim dengan pertumbuhan jerawat. Jadi nak elakkannya, makan kicap hari-hari haha. Takdelah sampai camtu. Kalau kuah kari tu kurangkanlah makan. Nak ulas panjang pasal ni pun tak berapa reti sangat. Jadi pandai-pandai koranglah ye hehe.
Jangan Garu Muka
Ini petua daripada kwan2 mimi dulu. Dia pernah tegur muka mimi yang penuh jerawat dulu. Dia pesan jangan sekali-kali garu muka walaupun gatal. Jari adalah anggota yang paling mudah terdedah dengan kuman. Jadi basuh muka dengan air suam dan bilas supaya kulit muka bersih daripada sebarang jangkitan kuman. Kalau gatal sangat pun garu dengan belakang kuku je kata kwan2 mimi yang comel ehehehe.
Itu saja petua yang mimi amalkan dulu. Hasilnya, muka jadi licin dan bersih eheh. Kawan-kawan sekolah termasuk orang kampung pun naik hairan bila jumpa or trserempak dgn diorg.. diorang tengok muka mimi dah licin termasuklah mak mimi. Bukan nak bangga diri, risau kalau kita duk bangga dengan diri sendiri nanti nikmat yang Tuhan bagi ni ditarik balik. Hanya sekadar ingin berkongsi amalan dalam penjagaan muka. Suka mimi nak maklumkan, dengan tips-tips ni mimi dapat hilangkan jerawat kat muka dalam tempoh cuma beberapa bln saja. Jerawat ni sebenarnya senang je nak hilang kalau kita tak ‘usik’ dia dengan jari-jari kita yang mungkin kotor n jikalau kita ckup tido keyh.. Jadi tak mustahil kalau beramal dengan tips ni sekejap je boleh licin kulit muka. Nak pergi interview jadi model pun takde masalah punyalah hehe.
Mungkin tips ni tak berkesan untuk sesetengah orang. Dalam Biologi dulu pun kita belajar salah satu faktor pertumbuhan jerawat disebabkan oleh hormon dalam badan kita sendiri. Jadi sabarlah. Sampai masa jerawat tu akan hilang jugak. InsyaAllah ....
Renung-renungkan dan selamat beramal